Masih ingat lagi dengan Syella Kamaruddin? Suatu ketika dahulu dia pernah popular dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’. Namun entah di mana silapnya, karier nyanyiannya tidak bertahan lama. Selepas muncul dengan album pertama, ‘Pasti Kembali’ pada 2002 dan album kompilasi ‘Koleksi Terbaik & Hits 60an’ pada 2003, penyanyi ini bagaikan menghilang dari dunia muzik tempatan.
Walaupun begitu, Syella sesekali mencuri perhatian apabila sering dikaitkan dengan VVIP dan VIP. Penampilannya yang seksi juga menjadi topik hangat di beberapa akhbar dan blog hiburan. Terbaru, penyanyi berusia 26 tahun ini didakwa telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian bukanlah perkahwinan yang diadakan secara tertutup ini, tetapi nilai hantaran yang diperolehi oleh Syella. Selain dihadiahkan sebuah banglo bernilai RM5 juta, Syella juga dikatakan mendapat sebuah kereta Mini Cooper.