Friday, July 22, 2011

Norman nikah 24 September, persalinan Memey RM7.2 juta

KUALA LUMPUR 22 Julai — Pelakon Memey Suhaiza yang akan mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut — yang kesemuanya bernilai RM7 2 juta — pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini 28 September ini.

Thursday, July 21, 2011

Isteri Rupert Tumbuk Pelempar Pai


LONDON - Bilionair kontroversi, Rupert Murdoch berdepan situasi memalukan apabila seorang lelaki cuba menampar mukanya dengan menggunakan sepinggan pai tetapi dihalang oleh isterinya, Wendi Deng ketika mereka hadir di hadapan sebuah jawatankuasa Parlimen Britain di sini kelmarin.

Kes Khalwat Tangguh Lagi, Raja Azmi Terus Kecewa.


alt
KUALA LUMPUR: Penerbit filem kontroversi ... Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman pada Rabu, memberitahu bahawa hidupnya tidak akan tenteram selagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak menyelesaikan siasatan kes khalwat dirinya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan segera.

Wednesday, July 20, 2011

Anuar Dedah Kisah Cinta

alt
APABILA memperkatakan tentang penyanyi lelaki yang seorang ini, dia memang cukup berahsia tentang hal peribadinya terutama kisah cinta.

Baginya ia adalah sesuatu yang cukup sulit untuk diceritakan dan dikongsikan bersama masyarakat melainkan apabila dia benar-benar bersedia untuk mendedahkannya.

Begitu juga dengan kisah perkahwinan. Tanyalah kepada tuan punya badan, jawapannya akan tetap sama. Tidak akan berganjak sedikit pun.