by Miss Ayu
Perjuangan Borneo Crew dalam program realiti tarian terhangat, Showdown 2011 akhirnya tiba ke noktahnya apabila juri profesional sebulat suara memilih kru ini sebagai peserta yang harus pulang. Borneo Crew tewas kepada Rokusteps pada pusingan battle dan keputusan ini telah mengheret kru yang berasal dari Kota Kinabalu ini menghadap juri bersama Force 136 yang tewas kepada Blazin Squad.
Walaupun mendapat sorakan padu daripada peminat yang hadir , keputusan juri tidak berpihak kepada Borneo Crew. Ini kerana juri berpendapat Force 136 menunjukkan skil yang lebih menonjol berbanding Borneo Crew.
