Showing posts with label Yusry. Show all posts
Showing posts with label Yusry. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Lisa, Yusry Dah Jumpa Keluarga Masing-Masing

by Nani 
Malam tadi telah berlangsungnya majlis tayangan media bagi filem terbaru arahan Yusry Abdul Halim berjudul ‘Karak’. ‘Karak’ merupakan buah tangan pertama Yusry untuk filem bergenre seram. Apa yang menariknya, pelakon yang digosipkan bercinta dengan pengarah kacak itu, Lisa Surihani turut hadir menonton filem tersebut.

Lisa yang datang tanpa ditemani ibunya seperti kebiasaan dilihat duduk di sebelah Yusry di dalam pawagam. Pasangan yang sedondon mengenakan topi ini dilihat mesra bak pasangan kekasih walaupun Lisa sebelum ini hanya memberitahu bahawa mereka berdua cuma berkawan saja.