Wednesday, October 27, 2010

MIMPI OH MIMPI


Apakah mimpi anda malam tadi? Apakah anda percaya dengan mimpi ?

Minpi Seronok ?
Setiap daripada kita pasti  bermimpi. Dalam kelenaan kita tidur, tersimpan mimpi-mimpi indah dan ngeri yang menyenang serta merunsingkan perasaan. Walaupun ramai yang beranggapan bahwa mimpi itu sebagai mainan tidur tetapi kadang-kala mimpi itu seperti memberi satu isyarat kepada kita. Saya berani katakan demikian kerana saya pernah melalui pengalaman tersendiri. Setiap jenis mimpi itu ada maksud yang tersirat. Bagi meleraikan kemusykilan mimpi, maka ianya memerlukan terjemahan dan penafsiran. Berikut ialah jenis-jenis mimpi dan tafsirannya tersendiri. 

Oh ! Aku di Syurga !

·    Mimpi berlandaskan pengalaman yang menjadi kenyataan.
·    Bermimpi melihat perempuan mengandung, bermakna akan ada rezeki yang tidak disangka.
·    Bermimpi banyak wang, bermakna murah rezeki. 
·    Bermimpi rumah terbakar, bermakna terlepas rezeki.
·    Bermimpi memancing dapat ikan, bermakna mendapat rezeki terpijat.
·    Bermimpi orang menambak, bermakna apa yang dihajati tidak kecapaian.
·    Bermimpi saudara atau kawan  beberapa kali, bermakna  suatu hari nanti mereka pasti menolong anda.                                
·    Bermimpi orang yang sakit dan kelihatan gemuk, bermakna ajal orang tersebut sudah dekat.
·    Bermimpi makan, bermakna pekerjaan anda akan berhasil dan mendapat rezeki yang murah.
·    Bermimpi berkaki ayam, bermakna anda berbohong sunat.
·    Bermimpi masa zaman persekolahan, bermakna  anda akan menuntut ilmu.
·    Bermimpi ada kulat tumbuh di tubuh, bermakna  anda akan jatuh sakit.
·    Bermimpi memandu kereta, bermakna  anda akan membeli kereta.
·    Bermimpi di bank, bermakna  simpanan anda semakin berkurangan.
·    Bermimpi memasak, bermakna  anda bermafaat untuk orang lain.
·    Bermimpi tanah runtuh, bermakna rumahtangga ada bermasalah.
·    Bermimpi semut, bermakna maju dalam perniagaan.
·    Bermimpi terjatuh, bermakna peringatan agar berhati-hati.
·    Bermimpi ketawa, bermakna rezeki yang diperolehi dijaga dengan baik.
·    Bermimpi lintah di badan, bermakna ada orang yang mengambil kesempatan atas kewangan anda.

Alangkah Bahagianya Terbang

Marilah kita bertukar-tukar pengalaman mengenai mimpi  sebagai panduan. Anda bolehlah memberi pandangan. Apakah mimpi anda semalam ? Silalah berkongsi bersama dengan memberi komen anda di bahagian “Recent Comment.” Kunjungi http://folkloreceritarakyat.lot.my untuk mendapatkan cerita berkaitan dengan mimpi seronok anda.

Tuesday, October 19, 2010

CERITA RAKYAT: UVAEN BATOG

Kali ini, kita berhibur pula dengan Sebuah kisah dan legenda etnik Kayan. Kisah tersebut bertempat di hulu sungai Batang Kayan iaitu apa yang kita panggil Kalimantan Timur, Indonesia, sekarang. Pada zaman dahulu jika seseorang itu terketawa atau mengetawakan apa sahaja benda, dia akan bertukar menjadi batu.Untuk pengetahuan umum, adat dan kepercayaan kuno orang kayan hampir mirip dengan ciri-ciri adat dan kepercayaan hindu yang mengamalkan sistem kasta dalam masyarakat mereka.


BEGINILAH RUPA RUMAH PANJANG TRADISI

Bertempat di Batang Sungai Kayan, terdapat sebuah perkampungan kaum Kayan bernama Kampong Uma Ujung Wei. Kampong tersebut adalah sebuah kampung yang sangat terkenal kerana dipimpin oleh seorang maren uma(bangsawan) yang sangat dihormati di kampong tersebut serta mempunyai rakyat jelata  yang ramai. Maren uma tersebut bernama Lakeg Jelivan sementara isterinya pula bernama Doh Ayac Bua. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Livan yang sangat cantik rupa parasnya. Ibubapa Livan sangat menyayanginya kerana dia satu-satunya anak mereka.

Gambar Hiasan
Namun demikian, apabila Livan meningkat dewasa, dia telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuda yang bernama Huwang Jalong, iaitu seorang yang berketurunan panyin (kasta rendah atau orang kebanyakan)dengan senyap-senyap tanpa pengetahuan ibubapanya. Apabila perhubungan mereka sampai ke pengetahuan ibubapa Livan, mereka telah membantah dengan keras hubungan tersebut. Mereka dua suami isteri tidak bersetuju Livan menjalinkan hubungan dengan orang kebanyakkan. Apa yang diinginkan oleh mereka suami isteri ialah bakal suami Livan mestilah orang yang berketurunan maren sama seperti mereka.

Namun begitu, Livan dan Huwang sudah terlanjur dalam perhubungan mereka, maka mereka bercadang juga untuk berkahwin tetapi rancangan mereka itu ditentang keras oleh ibu Livan kerana dia tidak mahu bermenantukan orang panyin. Mengikut adat kuno orang Kayan, bakal suami Livan itulah yang akan mengambil-alih sebagai maren uma yang baru daripada bapa Livan suatu hari nanti. Hasrat untuk memenuhi tatacara dan susunan waris tersebut tidak kelihatan seperti yang diharapkan kerana bakal suami Livan adalah dari orang keturunan panyin. Oleh sebab itulah mereka tidak mahu Livan berkahwin dengan orang sembarangan.

Gambar Hiasan
Livan memujuk ibunya supaya menerima Huwang dengan seadanya tetapi ibunya tetap juga berkeras tidak mahu bermenantukan panyin yang berdarjat rendah.  Oleh kerana rancangan Huwang untuk mengawini  Livan gagal serta dipandang hina oleh orang tua Livan, maka dia pun merancang untuk membalas dendam.

Pada suatu hari, Huwang pun mengambil seekor anak ikan haruan. Menjelang tengah malam, pergilah dia ngedoh (tidur bersama)Livan seperti lazimnya. Sedang dia mengadakan hubungan dengan Livan pada malam tersebut, Huwang pun mengambil anak ikan haruan itu lalu memasukkannya ke dalam faraj Livan tanpa disedari oleh Livan. Semenjak itu, dia tidak pernah tidur dan berjumpa dengan Livan lagi.

Ibu Livan yang perasan akan keadaan tersebut merasa lega kerana hasratnya telah berjaya memisahkan Livan dan Huwang. Tetapi tidak berapa lama lepas itu Livan pun jatuh sakit sehingga membawa kepada kematiannya. Mayatnya telah diletak  dalam keranda dan disimpan dianjung rumah selama 16 hari menurut adat kuno keturunan maren. Para lelaki pula sibuk menyiapkan kubur dan ukiran salong(keranda) buat Livan.

Salong - (Kubur)
Pada suatu hari, bersandarlah ibu Livan pada keranda anaknya itu. Sedang dia menyandarkan tubuhnya pada keranda tersebut, tiba-tiba kedengaran dari dalam keranda tersebut satu bunyi benda yang bergerak-gerak. Mendengar bunyi itu, dia pun menyuruh orang suruhannya membuka keranda tersebut. Sebaik sahaja keranda itu terbuka, alangkah terkejutnya dia kerana terdapat seekor ikan haruan yang besar di dalam keranda anaknya itu. Ibu Livan yang melihat ikan haruan itu terus mengambil ikan tersebut dan menyuruh mereka memasaknya dan ikan tersebut dikerat kecil-kecil supaya semua orang dapat merasai ikan tersebut. Helahnya mengerat ikan tersebut kepada cebisan kecil dan banyak demikian ialah bertujuan untuk memberi semua orang memakan ikan tersebut kerana helahnya ialah ingin mengetahui sesiapa yang tidak mahu memakan ikan tersebut, maka dialah yang melakukkan angkara tersebut terhadap anaknya itu.

Sebaik tiba masa tengah hari itu, lauk ikan haruan itupun dihidangkan kepada orang ramai yang balik dari kubur.  Orang ramai pun makan dengan lahapnya, kecuali Huwang seorang yang langsung tidak mahu menyentuh lauk tersebut. Semua gerak-gerinya itu diperhatikan oleh ibu Livan dan tahulah dia bahwa kematian anaknya Livan itu adalah angkara Huwang.  Berkatalah dia dalam hati kecilnya,

“Kenapa anak aku seorang sahaja yang meninggal. Biarlah kami semua mengikuti jejaknya.” Katanya.

Setelah itu, dia pun mengambil seekor tikus. Dihiasinya tikus tersebut dengan pakaian yang cantik-cantik lalu dilepaskannya di anjung rumah di situ.  Tikus yang dihiasi dengan pakaian cantik dan bergerak bebas di anjung rumah itu membuatkan orang ramai ketawa melihatnya. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi guruh dan kilat sambung-menyambung serta dikuti oleh hujan batu. Selang beberapa saat setelah itu, seluruh kampung tersebut mula bertukar menjadi batu. Semua penduduk termasuk rumah dan hartanya sekali telah bertukar menjadi batu. Peristiwa tersebut dipanggil dengan nama “Uvaen Batog”. Untuk memperolehi cerita yang lebih comel dan menghiburkan, layari http://folkloreceritarakyat.lot.my  dan anda mempunyai banyak pilihan dan pasti mencuitkan hati anda.

Sunday, October 3, 2010

CERITA RAKYAT - SANG PELANDUK YANG SOMBONG TETAPI BODOH

Jom kita relakkan fikiran dengan cerita rakyat pula untuk menghiburkan minda  kita  dari hiruk-pikuk dan beban kerja yang stress. Rehatkan fikiran anda apabila membaca cerita rakyat ini untuk hiburan semua.                                                    

Sang Pelanduk yang Sombong
Pada masa dahulu, terdapat raja segala binatang iaitu Sang Harimau. Dia pun memanggil kesemua binatang-binatang di bawah pemerintahannya di hutan rimba untuk berkumpul kerana dia hendak membuat satu pengumuman penting. Maka kesemua binatang-binatang dalam hutan pun berkumpul di satu tempat yang bernama “Neha Madai”.

Maka Sang Harimau pun berkata,

“Hai raykatku! Dengarlah ! Pada hari ini, kita adakan pertandingan untuk mencari tempat setiap binatang membuang air besar mereka. Sesiapa yang tidak diketahui tempatnya membuang air besar, maka dia itulah akan diisytiharkan menang.” Katanya.

Setelah semuanya bersedia maka pertandingan pun bermula dan setiap binatang-binatang itupun pergi mencari di merata tempat rakan mereka membuang air besar. Di akhir pertandingan itu, si kucing telah diisytiharkan menang kerana binatang yang lain  tidak dapat menjumpai tempat dia membuang air besar.   

Sang Raja Harimau pun bertanya kepada si kucing, “Hai  Si kucing, di manakah tempat engkau membuang air besar?.

Lalu jawap si kucing, “Aku membuang air besarku di atas gunung berapi.”

Sebaik si kucing memberitahu begitu, maka terdiamlah Raja Harimau kerana jauh di hati kecilnya, dia menyedari yang dia tidak dapat menandingi si kucing. Yang sebenarnya si kucing itu membuang air besarnya di atas dapur kayu.

Setelah selesai pertandingan itu, bersurailah mereka dan mereka pun balik ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan pulang, sang pelanduk telah terjumpa anak rusa.

“Hai anak rusa, di manakah emak engkau? Kalau saya berjumpa dia, sudah tentu buritnya akan basah.” Katanya.

Tidak lama setelah itu, emak rusa pun balik.Anak rusa itu tidak sabar-sabar hendak memberitahu emaknya, lalu berkata,

“Emak ! emak !” Katanya menjerit sebaik melihat emaknya sambil memberitahu emaknya apa yang dikatakan oleh si pelanduk tadi.

“Tadi, ada sang pelanduk cari emak. Katanya, kalau dia jumpa emak, sudah tentu burit emak akan basah.” Kata anak rusa memberitahu emaknya.

Mendengar kata anaknya itu maka naik marahlah rusa betina itu dengan sang pelanduk dan terus beredar untuk mencari sang pelanduk yang telah bersembunyi. Akhirnya dia pun terjumpa tempat  persembunyian sang pelanduk.  

“Ha..itupun  engkau si pelanduk !” Kata rusa betina dengan bengisnya lalu mengejar sang pelanduk itu. Sang pelanduk yang ketakutan terus lari lintang pukang lalu masuk ke dalam satu lubang sebatang kayu untuk menyelamatkan diri. Rusa betina tersebut terus mengejar mencarinya. Malang bagi rusa tersebut kerana badannya hanya separuh sahaja yang dapat memasuki lubang itu ketika hendak menangkap si pelanduk dan tanduknya pula tersangkut pada lubang kayu tersebut ketika dia hendak memasukkan badannya ke dalam lubang tempat penyembunyian sang pelanduk. Sang pelanduk yang melihat peluang tersebut cepat-cepat keluar dari sebelah hujung  lubang kayu itu lalu merogol dan menikmati tubuh  rusa betina itu.

“Nah! Bukankah aku kata tadi bahawa burit kamu akan basah juga.” Kata sang pelanduk dengan senang hati kerana niatnya sudah tercapai.

Setelah itu, sang pelanduk pun meneruskan perjalanannya. Dalam perjalanannya pulang, dia bertemu si siput.

“Hai! Si siput, mari kita berlawan berlumba lari.” Katanya.

“Baiklah.” Kata si siput, tetapi kita adakan perlumbaan itu esok di sungai Lamah.”  Kata si siput memberi syarat. Pada sebelah malamnya si siput telah memanggil kesemua siput di sungai Lamah dan memberitahu mereka bahawa sang pelanduk ingin berlumba lari dengan mereka. Mendengar kata si siput tersebut, mereka pun mengatur strategi. Keesokan harinya perlumbaan pun bermula.

Maka berlarilah sang pelanduk dengan sepantas-pantasnya. Apabila dia rasa bahawa dia telah jauh ke hadapan maka dia pun teriak memanggil nama si siput.

“Hai si siput! Di manakah engkau?”

“Ha! Aku di sini.” Kata si siput kedengaran mendahului. Mendengar teriakan si siput mendahuluinya, maka berlarilah sang pelanduk dengan sekuat tenaganya dan apa apabila dia merasa bahawa dia sudah jauh ke hadapan, berteriaklah sang pelanduk lagi.

“Si siput ! Dimanakah engkau !?

“Aku di sini !” Kedengaran suara si siput semakin jauh ke hadapan meninggalkan sang pelanduk di belakang. Mendengar teriakan si siput itu, maka berlarilah sang pelanduk bermati-matian sehingga dia pengsan lalu mati. Semua siput di sungai Lamah pun datang ke tempat sang pelanduk itu mati lalu mereka pun makan bangkai sang pelanduk yang sombong bodoh itu hingga habis.

Begitulah kisah sang pelanduk yang sombong tetapi diperbodohkan oleh si siput. Nah, jika anda berminat untuk memiliki cerita-cerita rakyat yang mengasyik dan menghiburkan minda, anda disaran supaya layari http://folkloreceritarakyat.lot.my . Anda mempunyai banyak pilihan cerita rakyat di sini.