Thursday, May 26, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor (bawah, kiri) , dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah. 

Showdown 2011: Borneo Crew Tak Puas Hati !

by Miss Ayu
Perjuangan Borneo Crew dalam program realiti tarian terhangat, Showdown 2011 akhirnya tiba ke noktahnya apabila juri profesional sebulat suara memilih kru ini sebagai peserta yang harus pulang. Borneo Crew tewas kepada Rokusteps pada pusingan battle dan keputusan ini telah mengheret kru  yang berasal dari Kota Kinabalu ini menghadap juri bersama Force 136 yang tewas kepada Blazin Squad. 

Walaupun mendapat sorakan padu  daripada peminat yang hadir , keputusan juri tidak berpihak kepada Borneo Crew.  Ini kerana juri berpendapat Force 136 menunjukkan skil yang lebih menonjol berbanding Borneo Crew. 

Lisa, Yusry Dah Jumpa Keluarga Masing-Masing

by Nani 
Malam tadi telah berlangsungnya majlis tayangan media bagi filem terbaru arahan Yusry Abdul Halim berjudul ‘Karak’. ‘Karak’ merupakan buah tangan pertama Yusry untuk filem bergenre seram. Apa yang menariknya, pelakon yang digosipkan bercinta dengan pengarah kacak itu, Lisa Surihani turut hadir menonton filem tersebut.

Lisa yang datang tanpa ditemani ibunya seperti kebiasaan dilihat duduk di sebelah Yusry di dalam pawagam. Pasangan yang sedondon mengenakan topi ini dilihat mesra bak pasangan kekasih walaupun Lisa sebelum ini hanya memberitahu bahawa mereka berdua cuma berkawan saja.

Friday, May 20, 2011

Terima kaSIH, Alleycats, for forging unity

Stephanie Sta Maria
When they sing the invisible lines of race and creed fall away.

KUALA LUMPUR: Alleycats vocalist, David Arumugam, has a confession. His trademark shout of “ terima kaSIH” wasn’t born not of gratitude but because of pure fright.
It was 1981 and Alleycats was staging its first performance at Stadium Negara. The six-man band had just released its fourth album, “Alleycats 4” but were unaware, that unlike the first three albums, this one had become an overnight chart-topper.

Thursday, May 19, 2011

Showdown 2011: Dejavu Breakerz Tak Sangka Tersingkir

by Nani 

Selepas dikritik teruk pada persembahan minggu lepas, akhirnya krew berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Dejavu Breakerz terpaksa akur meninggalkan pentas Showdown 2011 malam tadi. Dejavu Breakerz yang berada di kedudukan empat kumpulan terendah melalui undian SMS tewas pada sesi ‘battle’ bersaing dengan Stepholic, Borneo Crew dan Bounce Stepperz.

Bertemakan ‘Replicate & Represent’, Dejavu Breakez yang dianggotai oleh enam anak muda ini mempersembahkan aksi tarian lagu nyanyian Justin Bieber berjudul Somebody To Love. Gagal memikat hati para juri iaitu Maple Loo, Joe Flizzow serta juri jemputan, Joe Lee, Dejavu Breakerz akhirnya tersingkir mengikut jejak langkah Soulution.

Tuesday, May 17, 2011

Eira Syazira Dimadukan


by Miss Farra

Selepas muncul dengan watak bertudung dalam beberapa buah drama sebelum ini, pelakon cantik Eira Syazira kini menjadi ustazah pula. Itu adalah watak terbaru yang diberi oleh pengarah, Haris Fadzilah untuk drama bersiri terbaru “Bait Cinta” di TV9. Walaupun karakter yang diberi dalam drama Ustaz Amirul agak sama dengan karakter untuk drama “Bait Cinta”, ternyata dalam drama terbaru di TV9 ini mempunyai kelainan yang tersendiri.

Hot Gossip : Katy Perry And Rusel Brand Soldhis House $ 3 Million


Hot Gossip

Superstyle.com – Katy Perry (born Katheryn Elizabeth Hudson in Santa Barbara, California, USA, October 25, 1984, age 26 years) is an American singer. He became famous when he launched kotroversional first single titled “I Kissed a Girl” from the second album “One Of The Boys” (2008). Katy Perry is also known for its unique style of dress, stage action, and humor.

Sunday, May 15, 2011

Penonton Berang Aktres Porno Diundang Jadi Tetamu Televisyen


LONDON: Orang ramai mengecam stesen televisyen ITV semalam kerana mengundang bintang filem lucah berpayu dara gergasi menjadi tetamu rancangan This Morning.

Sebahagian penonton membantah tindakan ITV menonjolkan Chelsea Charms sebagai undangan membincangkan pengalamannya dalam industri seks.

Saturday, May 14, 2011

Wajah Bakal Isteri Keempat Salih Yaakob!


Cantik molek bakal isteri keempat Salih Yaakob yang bernama Emi. Untuk pengetahuan anda, Emi baru berusia 24 tahun. Muda remaja gitu. Pandai Abang Salih memilih. Respek.

Abang comel, saya paling suka hidung dia!
 
Itulah kata-kata Emi tentang bakal suaminya, Salih Yaakob. Dengar cerita Emi sudah bersiap sedia dari segi zahir dan batin untuk menempuh kehidupan bermadu. All the best Abang Nara ucapkan. Semoga maju jaya dibawah didikan Abang Salih.

--  beautifulnara.com

(Gambar) Majlis Pernikahan Tengku Zawyah & Datuk Rayyan Joseph King

Dikemaskini oleh M


Terkedu kejap, jumlah hantaran yang diterima oleh Tengku Zawiyah daripada Datuk Joseph King bernilai RM38,888.88, fuh! Bukan itu sahaja, wanita berusia lingkungan 40-an ini turut menerima lima dulang hantaran yang mengandungi set wangian, seutas gelang bertahta berlian, sepasang persalinan kain lace, al-Quran, sejadah, sirih junjung, coklat serta sebentuk cincin.
Majlis resepsi kedua pasangan bahagia ini akan berlangsung di Hotel Royale Chulan bertemakan garden wedding pada pukul 8 malam nanti. Baca laporan penuh mengenai perkahwinan Tengku Zawyahdi akhbar kegemaran kami, Mstar (Kredit gambar).

- Blog ohbulan.com