Friday, November 12, 2010

INFO HANYA UNTUK LELAKI

Pantang Larang Untuk kekuatan tenaga Batin.

Tenaga batin adalah perkara yang dipandang penting oleh semua lelaki.Benar atau tidak kepercayan itu terserah kepada anda untuk mempercayainya. Namun di sini diperturunkan beberapa larangan atau pantang warisan turun temurun yang dikaitkan dengan tenaga batin. Mengikut kajian moden sebahagian pantang-larang ini memang baik dari segi kesihatan kaun lelaki.

·        Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila berjimak. Batang zakar harus sentiasa panas.
·        Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air hanya setelah selesai makan nasi.
·        Usah alamkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan.Ia boleh mengakibatkan air manic air dan terpancut awal.
·        Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
·        Jangan hembus nafas ketika minum,tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika berjimak.
·        Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
·        Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu
·        Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
·        Kurangkan memakan pisang  embun.
·        Elakkan minum air selepas jam 11 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pingang dan membawa sengal badan.
·        Elakkan dari buang air ditempat air bertakung,carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
·        Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
·        Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
·        Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar.
·        Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
·        Jangan berjimak di dalam air.
·        Jangan terus minum air selepas berjimak, rehat dahulu 15 minit.
·        Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana boleh mengakibatkan mati pucuk.
·        Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
·        Jangan menjimak isteri yang sedang haid.
·        Jangan cungkil gigi dengan tangkai bunga lalang kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.