Friday, July 22, 2011

Norman nikah 24 September, persalinan Memey RM7.2 juta

KUALA LUMPUR 22 Julai — Pelakon Memey Suhaiza yang akan mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut — yang kesemuanya bernilai RM7 2 juta — pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini 28 September ini.

Menurut laporan media Memey 23 akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500 000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.


Norman merupakan pelakon siri Gerak Khas.
Memey dan Norman 35 bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1 Kota Tinggi Johor

Norman adalah bekas suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim Mereka bernikah pada 8 Januari 2002.

Bill Bora selaku wakil Rafflesia memberitahu sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400 000 pada hari persandingannya.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2. 8 juta setiap satu merangkumi anting-anting gelang tangan cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

Sejak minggu lepas borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting gelang tangan cincin dan tiara Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara ” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Datuk Jimmy Choo kata beliau.
Menurut Bill Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300 000 sepasang.

Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama ” katanya.

Kata Bill Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.

Source : Malaysia insider

Save on hotels with HotelsCombined.com

No comments: