Wednesday, September 28, 2011

Kenapa Norman Hakim Ucap Terima Kasih Pada Abby Abadi?


KOTA TINGGI, 27 SEPT 2011: Bersyukur dan terharu kerana bekas isteri telah membenarkan kedua-dua cahaya mata mereka, Mohamed Danish dan Marissa Dania menghadiri majlis perkahwinannya bersama Memey Suhaiza pada Sabtu lalu, aktor Norman Hakim memberitahu, tiada apa yang dapat dinyatakannya, selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Abby Abadi.

Lebih manis lagi, jelas Norman Hakim, Abby Abadi juga turut menyediakan segala kelengkapan kedua-dua anak mereka itu dalam tempoh yang singkat kerana perkara tersebut berlaku secara tidak dirancang.

"Saya ingin berterima kasih dan terharu dengan apa yang dilakukan oleh Abby Abadi. Saya memang tak plan akan membawa Marissa dan Danish ikut saya pergi ke Johor lebih awal.
"Saya merancang mereka akan tiba di majlis nikah pada hari Sabtu. Namun semuanya berubah apabila pagi Rabu lalu, sebelum bertolak, Abby menghubungi saya dan bertanya tak mahu bawa mereka bersama?.

"Saya terkejut dan sangat gembira . Malah dia membantu menyediakan segala kelengkapan anak-anak dalam tempoh yang singkat," katanya yang begitu gembira kerana saat manisnya itu dapat dikongsi bersama dua permata hatinya.

Meskipun tidak lagi bersama kata Norman, hubungannya dengan Abby sebagai ibubapa kepada tiga orang cahayamata mereka tidak akan putus. Malah katanya, hubungan mereka semakin akrab dan saling berkongsi masalah bersama selepas berpisah.

"Saya mungkin berpisah sebagai suami isteri tapi sebagai hubungan sebagai ibubapa kepada anak-anak kami tetap tak akan putus.

"Lebih 3 tahun bercerai kini kami semakin akrab dan boleh berkongsi masalah sebagai kawan. Memey juga dapat menerima keadaan ini dengan baik," jelasnya sambil tersenyum.

Mendoakan agar kebahagiaan mendampingi bekas isterinya itu, ucap Norman, dia amat berharap semoga Abby akan menjalani kehidupan yang lebih sejahtera selepas ini.
Murai.com.my

Casino Classic




No comments: