Sunday, September 4, 2011

Lapan Peguam Bela Dewi Persik

KES persengketaan Dewi Persik dengan Julia Perez mendapat perhatian pemilik Republik Cinta Management (RCM), Ahmad Dhani. Dhani dikatakan telah melantik lapan orang peguam untuk membela penyanyi di bawah jagaannya, Dewi Persik.
“Saya berterima kasih kepada Dhani yang memberikan apa yang terbaik buat saya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya bukan sengaja mahu melantik lapan orang peguam. Saya tidak mampu bayar walaupun seorang pun peguam tetapi ini bantuan daripada Dhani.
“Jadi saya berterima kasih dengan bos saya, Dhani,” kata Dewi Persik usai menghadiri perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Timur.
Dewi Persik disaman oleh Julia Perez kerana Julia mendakwa Dewi mencederakannya semasa kedua-duanya mengikuti penggambaran filem Arwah Goyang Karawang.
“Mudah-mudahan boleh menjadi seadil-adilnya. Saya datang membawa perdamaian. Saya mengatakan kepada Tuan Hakim bahawa saya tidak mahu masalah ini berlarutan tetapi pihak sebelah sana mahu menjadikan saya sebagai orang yang didakwa,” ungkap Dewi.
“Saya yakin Dhani bukanlah jenis orang yang akan membela pihak yang salah. Jadi kalau saya salah pasti Dhani marah dengan saya. Kalau dia tahu saya benar, dia pasti akan membela,” katanya.
Kosmo.com

No comments: