Friday, November 11, 2011

Isu Foto Cium & Berkini : Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku

.

Dua minggu kebelakangan ni nama anak perempuan rockerlagenda tanah air, Amy Search menjadi topik perbualan hangat dikalangan para media mahu pun kaki in dek perlakuan kurang sopan anak Nabila Huda, gara-gara foto-foto bercumbu dan berbikininya tersebar di internet.

Memang secara dasarnya apa jua tingkah laku juga perkara yang dibuat, adalah hak peribadi Nabila. Tapi perlu diingat, sebagai artis setiap inci yang melibatkan diri perlu dijaga kerana peminat disekeliling sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mahupun artis yang mereka tak suka.

Rentetan isu tersebut, hari ni terpampang di hiburan mengenai reaksi dan komen Amy apabila ditanya tentang perihal Nabila. Berikut petikan kenyataan Amy kepada OhBulan.com

“Saya tidak tahu menahu hal tersebut, betul saya tidak tahu. Gambar apa? Bila?”begitulah ungkapan pertama lagenda Rock tanahair, Amy Search ketika diajukan pertanyaan juga kesahihan aksi foto melibatkan anak perempuannya, Nabila Huda yang berbikini dan dikatakan bercumbu mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di salah sebuah pulau di Semenanjung Malaysia.

Meski terpamer kekecewaan di raut wajah seorang bapa, Amy walaubagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu tersebut sebalikya hanya mampu memberi peringatan kepada Nabila agar berjaga-jaga dengan setiap gerak geri demi masa depan karier, kepentingan anak serta banyak lagi perkara.

Gambar Nabila dipetik dari OhBulanGambar Nabila dipetik dari OhBulan

Ketika ditanya sama ada dia sebagai seorang bapa ada menasihati segala tindak tanduk mahupun keputusan Nabila, Amy menyatakan dia seringkali mengingatkan Nabila agar fokus pada kariernya dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh memakan diri.

“Ini adalah jalan yang dipilihnya (dunia seni). Bila dia sudah melakukan yang terbaik, saya seringkali menasihatkannya agar sentiasa fokus dengan karier seninya dan menghargai segala peluang juga rezeki yang dimilikinya. Selain daripada itu, saya hanya memintanya agar pandai-pandai menjaga diri apatah lagi sebagai seorang perempuan,” ujar Amy lagi yang turut mengakui kali terakhir bertemu anak perempuannya itu pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Tambah Amy lagi, apabila berdepan dengan sesuatu isu-isu kontroversi yang berpunca dari tindak tanduk tuan empunya badan sendiri, Amy dengan nada tegas berharap agar Nabila lebih bertanggungjawab menangani isu ini dan jangan sesekali lepas tangan dari sebarang kesalahan yang dilakukan.

Apabila ditanya tentang perasaannya adakah dia marah apabila mendapat tahu perkara tersebut, Amy jelas bijak menyembunyikan perasaan.

“Belum lagi,sekejap lagi sampailah marah ini,” ujar Amy dengan nada berseloroh dan sempat melemparkan senyuman penuh makna kepada para wartawan.
 



No comments: