Thursday, November 3, 2011

Kim Kardashian Tak Tahan Sikap Suami

kim kardashian


Bintang program realiti, Kim Kardashian, sekali lagi menjadi tumpuan dunia hiburan apabila dia memfailkan penceraiannya dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries, 26, Isnin lalu.
Ternyata khabar itu sungguh mengejutkan, kerana perkahwinan mereka yang bernilai RM30 juta itu, baru mencecah usia 72 hari.
Perkara itu disahkan sendiri Kardashian, melalui satu kenyataan rasmi yang menyatakan dia sukar membuat keputusan itu.
“Setelah membuat pertimbangan teliti, saya mengambil keputusan mengakhiri perkahwinan saya. Saya harap anda memahami ini bukanlah keputusan mudah.
“Saya sangat mengimpikan perkahwinan ini kekal selamanya, tetapi kadangkala ada perkara yang tidak berlaku seperti dirancang. Kami kekal berkawan dan mengharapkan yang terbaik antara satu sama lain,” katanya.
Bagi memastikan urusan penceraian berjalan lancar, Kardashian mengupah peguam terkenal, Laura Wasser, yang sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti seperti Britney Spears, Maria Shriver, Angelina Jolie, Ryan Reynolds, dan Robyn Gibson.
Tidak sebulu
Difahamkan, pasangan popular ini tidak ‘sebulu’ sejak berkahwin kerana sikap Kardashian yang lebih dominan.
Bagaimanapun, hubungan mereka bertambah parah apabila Humphries kini menganggur setelah mengalami krisis dengan NBA, sedangkan Kardashian berusaha keras menaikkan nama programnya, Keeeping Up With Kardashian.
Memburukkan keadaan, Humphries tanpa segan silunya menggunakan wang isterinya untuk berjoli dan berparti dengan beberapa gadis di Miami dan New York.
Malah, ketika menghadiri sebuah parti Halloween minggu lalu, Kardashian hanya datang sendirian tanpa ditemani Humphries seperti selalunya.
Kardashian ada memberitahu salah seorang teman rapatnya, dia telah membuat keputusan silap apabila berkahwin dengan Humphries dan begitu menyesalinya.
Di sebelah Humphries pula, dia memberitahu media versi yang berlainan mengenai hubungan mereka.
“Saya cintakan isteri saya dan berasa sangat kecewa apabila dia memfailkan penceraian. Saya sayangkan perkahwinan kami dan akan berbuat apa saja untuk menyelamatkannya,” katanya.
Pasangan ini berkahwin dalam majlis besar-besaran dan eksklusif di Montecito, California, 20 Ogos lalu setelah berkenalan selama sembilan bulan.
Seluruh dunia memberi tumpuan kepada majlis perkahwinan mereka kerana Kardashian hanya memberikan keizinan kepada beberapa stesen televisyen untuk membuat liputan.
Penceraian ini kedua buat Kardashian yang sebelum ini pernah mengakhiri perkahwinan dengan Damon Thomas pada 2004.
Tempoh perkahwinan pasangan ini adalah antara yang paling singkat di Hollywood, namun masih belum mengatasi rekod perkahwinan Britney Spears dan Jason Allen Alexander yang hanya bertahan 56 jam.

No comments: