Monday, October 3, 2011

Adib (Anak Datuk K ): Mak Iti Seorang Yang Hardworking

.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, merupakan seorang usahawan berjaya. Kini anaknya pula, Mohamed Adib aka Adib, 21, mengikut jejak langkah bapa dan juga abang sulungnya, menceburi dunia perniagaan.

Dan apa yang membuatkan si anak teruna ni semakin dikenali sekarang, adalah bukan kerna dia anak siapa. Ataupun kontroversi terbaru apa yang dicetuskan lagi? Tiada. Tetapi oleh sebab bisnes Adib berkaitan dengan dunia hiburan tempatan

Selain sebagai pengarah urusan, What’s Up Entertainment, boleh dikata dia jugalah orang yang berusaha keras untuk merealisasikan impian ibu tiri Dato’ Siti Nurhaliza atau biasa dipanggil ‘mak iti’.

Meskipun ramai sedia maklum Dato Siti memang sudah lama punya impian nak lancarkan album Inggeris, tetapi Adib telah memberi idea dan menyuarakan hasratnya mahu menerbitkan album ibu tiri kesayangannya itu.

Maka album Inggeris pertama Dato’ Siti, ‘All Your Love’ yang dilancarkan baru-baru ni merupakan 'bayi pertama' terbitan syarikatnya.

Sewaktu ditemui di majlis pelancaran album tersebut, Adib turut berkongsi pengalamannya pertama kali berkerjasama secara profesional dengan Dato Siti.

“Antara mengenali Dato’ Siti di rumah sebagai ibu dan melihat dia bekerja, memang lain. Dia seorang yang sangat rajin dan berusaha keras. Sampaikan sewaktu sesi rakaman dia mampu berdiri berjam- lamanya, ujar penuntut jurusan perniagaan dan pemasaran Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT).

Ditanya juga mengenai apakah dia sudah bersedia dengan segala kritikan dan pandangan masyarakat memandang satu ketika dulu dia pernah dihimpit kontroversi gara-gara gambarnya sewaktu bersosial tersebar di internet.

“Saya masih baru. Banyak yang perlu saya pelajari. Insya-Allah dengan bantuan ayah saya (Datuk Khalid) dan Siti, saya yakin What’s Entertainment akan bertapak kukuh. Disamping saya akan cuba berkenal-kenal dengan penggiat seni tempatan lain".

"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, macam-macam cerita kontroversi yang membabitkan saya. Lebih-lebih lagi bila gambar-gambar saya disebarkan di Internet. Tapi sekarang ni saya semakin matang dan akan cuba menjaga setiap tingkah laku saya supaya tidak menjejaskan reputasi dan matlamat saya nak jadi usahawan berjaya, katanya.

-mD



No comments: